Penyuntingan untuk mengujudkan 'suspense' dalam filem adalah merupakan teknik yang mudah. Suspense adalah satu perkara yang penonton ingin lihat dan kita tidak terus menunjukkan secara langsung perkara yang menyeramkan tanpa memberikan suasana 'suspense' kepada penonton. Jika kita ingin mengujudkan suasana 'suspense' dalam satu cerita, sebagai contoh kita katakan satu kumpulan yang sesat terpaksa menghabiskan malam mereka di sebuah tempat yang seram, kita tidak terus menunjukkan hantu berkenaan. Kita kena bina atau ujudkan suasana 'suspense' dahulu, kita mainkan unsur suspense dalam fikiran penonton.
Sebagai contoh, katakan mangsa pertama terpisah daripada kumpulan. Dia dengan cemas berjalan di satu lorong untuk mencari rakannya. Dia terdengar satu bunyi yang menyeramkan di belakang dan dengan cepat dia berpaling ke belakang. Kita tidak terus menunjukkan hantu dibelakangnya kerana ia tidak akan menimbulkan rasa seram kepada penonoton. Sebaliknya tunjukkan visual dibelakang yang kosong dan sunyi. Dengarkan satu lagi bunyi yang menyeramkan di luar frame dan tunjukkan dia dengan pantas memalingkan muka untuk melihat benda yang menimbulkan bunyi tersebut. Sekali lagi tiada apa2 di sana. Kemudia dia menggeleng kepala sambil tersenyum yang akan menyebabkan penonton akan leka seketika. Kemudia mangsa tersebut berpatah balik kebelakang, dan OPS! dia berdepan dengan satu lembaga yang amat menyeramkan. Penonton tentu akan turut menjerit tanpa menyedari mereka menjadi mangsa kepada satu teknik penyuntingan 'suspense' yang berjaya. Penyuntingan, kesan bunyi, muzik, serta kesan khas dan pencahayan merupakan elemen-elemen yang penting mengujudkan suasana genting dalam filem seram.
*pict. by google images.
daudmontakzakaria