Thursday, November 4, 2010

STORYBOARD.

Apakah 'storyboard'?

Apabila skrip telah ditulis untuk sesebuah penerbitan, langkah yang seterusnya ialah melukis 'storyboard'. Sesebuah 'storyboard' akan menjelaskan cerita secara visual seperti sebuah komik.

Sesebuah 'storyboard' sewajarnya menjelaskan perkara berikut:

- Watak-watak dalam frame dan bagaimana mereka bergerak.

- Apa yang pelakon katakan diantara satu denga yang lain, jika ada.

- Berapa lama masa berlalu diantara frame yang terakhir dengan yang baru.

- Di mana kamera diletakkan dalam babak? Dekat atau jauh? Adakah kamera bergerak?


Mengapa 'storyboard diperlukan

- Storyboard diperlukan dalam membantu penggambaran shot demi shot.

- Storyboard mudah diubah sebelum mula membuat penggambaran.

- Storyboard mudah dibawa berbincang untuk mendapatkan feedback daripada orang lain.


No comments:

Post a Comment