PENERBITAN VIDEO KAMERA BERBILANG
MULTIPLE CAMERA PRODUCTION
Pengenalan;
Video merupakan salah satu elemen yang penting dalam bidang komunikasi. Di mana-mana sahaja kita akan bertemu dengan video seperti di srin-srin yang besar hingga skrin pada handphone. Kita juga boleh bersua dengan video di internet seperti web-web dan Youtube. Pendek kata tanpa video akan mewujudkan ruang dalam komunikasi.
Penerbitan video kamera berbilang(MCP)
Bila kita mendengar rakaman video maka secara automatik kita akan terbayangkan cara kerja rakaman dan penerbitan video dengan menggunakan sebuah kamera video. Jarang kita memikirkan selain daripada yang tersebut.
Penerbitan video Kamera Berbilang atau Multiple Camera Production, merupakan satu penerbitan video dengan menggunakan dua atau lebih kamera video. Penerbitan cara ini memerlukan ramai kakitangan yang diketuai oleh seorang Pengarah Studio.
Jenis Penerbitan Kamera Berbilang
Terdapat dua jenis penerbitan kamerta berbilang iaitu penerbitan yang dirakam dan akan disunting kembali dalam pos produksi dan sebuah siaran langsung yang tidak mungkin dapat dibetulkan sebarang kesilapan jika berlaku.
Diantara program yang dirakamkan secara penerbitan kamera berbilang ialah Berita, Forum Perdana, Bolasepak, Sambutan Kemerdekaan dan lain-lain yang seumpamanya.
Lokasi-lokasi penerbitan.
Penerbitan Video Kamera Berbilang (MCP) boleh dilakukan dalam studio dan di luar studio. Dalam studio, tugas penerbitan ini dilakukan terutama di stesen-stesen televisyen seperti rancangan berita, bual bicara dan sebagainya. Tugas ini dilakukan dengan menggunakan peralatan-peralatan penerbitan yang lengkap dalam sesebuah studio.
Sementara penerbitan video kamera berbilang yang dilakukan di luar ialah seperti forum perdana dan sebagainya yang dijalankan di ruang-ruang terbuka atau dalam dewan-dewan tertentu. Dalam tugas ini peralatan untuk membuat rakaman akan dipasang dilokasi berkenaan atau dengan menggunakan OB van (outdoor broadcast van) yang dilengkapi oleh peralatan untuk membuat penerbitan video kamera berbilang tersebut.
Peralatan untuk Penerbitan Kamera Berbilang.
Peralatan-peralatan yang sewajarnya ada untuk membuat penerbitan video kamera berbilang ini ialah beberapa buah kamera video, tripod tempat meletakkan kamera, Camera Control Unit, Waveform, Video Switcher, Video tape Recorder atau Hard Disc, Komputer untuk grafik, Intercom untuk berhubung dengan kakitangan penerbitan yang lain serta Video Tape Player untuk menayangkan rakaman-rakaman luar dalam penerbitan berkenaan.
PERALATAN DALAM PENERBITAN VIDEO KAMERA BERBILANG;
Studio Floor
1. Kamera video
2. Tripod
3. Sistem lampu
4. Sistem intercom
Bilik Kawalan Utama(Control Room)
1. Komputer untuk grafik
2. Waveform
3. Video Tape Player
4. Video Tape Recorder
5. Camera Control Unit
6. Switcher
7. Lighting Controller
8. Jam dinding
9. Stopwatch
10. Sistem intercom
Bilik Audio
1. Audio Mixer
2. CD Player
3. Komputer
4. Sistem intercom
Kakitangan dan tugas-tugas mereka dalam Penerbitan Kamera Berbilang
Dalam penerbitan video kamera berbilang ramai kakitangan diperlukan untuk mengendalikan peralatan-peralatan tertentu. Mereka ini mestilah mahir dengan peralatan yang dikendalikan kerana jika mereka tidak berkemahiran penerbitan atau rakaman yang dijalankan akan mengalami kecacatan. Bayangkan apabila seorang Jurukamera tidak mengetahui saiz-saiz shot yang diminta oleh Pengarah Studio. Lebih buruk lagi jika penerbitan yang sedang dijalankan itu dikeudarakan secara lintas langsung atau ‘live’. Diantara kakitangan yang terlibat dengan penerbitan video kamera berbilang ialah Pengarah Studio, Penolong Pengarah, Pengurus Pentas atau Floor Manager, Penerbit teknik, Grafik, VTR Operator, Jurulampu, Sound Supervisor dan Jurukamera atau Videographer.
Kakitangan teknikal dan bukan teknikal dalam penerbitan
Kakitangan Teknikal dalam penerbitan televisyen mengandungi mereka yang bertanggung jawab sepenuhnya ke atas pengendalian peralatan penerbitan. Mereka merupakan sebahagian daripada krew yang termasuk Jurukamera, kakitangan audio dan pencahayaan atau lampu, pengendali VTR, penyunting video dan pengendali grafik. Kakitangan teknikal bermakna mereka mempunyai pengetahuan dalam mengendalikan peralatan berkenaan. Perlu juga diketahui bahawa tugas kakitangan teknikal dan bukan teknikal adakalanya akan 'overlap' atau bersilih ganti di antara dengan yang lain bergantung kepada saiz kumpulan penerbitan berkenaan. Contoh yang mudah, stesen penyiaran yang besar mempunyai modal yang besar untuk mengadakan kumpulan penerbitan yang besar.
Satu contoh lagi ialah dalam satu penerbitan seseorang itu boleh dilantik sebagai penerbit dan dalam sebuah penerbitan yang lain dia mungkin boleh dilantik sebagai Jurukamera.
Kakitangan berikut merupakan kakitangan atau crew yang telah dilatih sebagai crew penerbitan;
-Pengarah Teknikal(Technical Director); Bertindak sebagai ketua kakitangan teknikal dalam penerbitan.
-Jurukamera(Camera Operators); mengendali peralatan kamera, juga boleh mengendalikan lampu dalam penerbitan yang mudah. Dalam penerbitan di lapangan (ENG/EFP) mereka ini ada kalanya dikenali sebagai Videographers atau Shooters.
-Pengarah Pencahayaan(Lighting Director); Bertanggungjawab dalam pencahayaan dan didapati dalam penerbitan yang besar.
-Pengendali Video(Video Operator); Melaras atau 'adjusts' kawalan kamera untuk mendapatkan imej yang optima dan diterima dalam penerbitan terutama ketika 'Field Production'. Dia juga dikenali sebagai 'Shader'.
-Juruteknik Audfio(Audio Technician); Bertanggung jawab dalam semua operasi audio. Mengendali Audio Console semasa persembahan. Dia juga dikenali sebagai 'audio engineer'.
-Pengendali VTR(Videotape Operator); Mengendali mesin atau peralatan pita video.
-Pengandali Character Generator(Character Generator Operator); Menaip dan mengeluarkan dari komputer nama-nama dan lain-lain bahan grafik yang perlu di padukan dengan imej video.
-Penyunting video(Videotape Editor); Mengendalikan peralatan penyuntingan semasa pos produksi. Dia membantu dalam memberi cadangan-cadangan penyuntingan yang kreatif.
Above-The-Line and Below-The-Line:
Kakitangan Above-The-Line dan Below-The-Line sebenarnya tidak berapa jelas perbezaannya. Ini adalah kerana dalam penerbitan tertentu Production Assistant atau Technical Director di kelaskan sebagai Below-The-Line, namun dalam penerbitan yang lain mereka dikelaskan sebagai kakitangan atau crew Above-The-Line. Walau bagaimanapun semua mereka adalah penting dalam penerbita televisyen.
ABOVE-THE-LINE:
-Executive Producer
-Producer
-Associates and Production Assistants
-Production Manager
-Director
-Associate Director
-Art Director and Graphic Artist
-Sound Designer
-Talent
-Writer
BELOW-THE-LINE
-Studio Supervisor
-Technical Director
-Camera Operator
-Lighting Director
-Floor Manager
-Floor Persons
-Video Operator
-Audio Technician
-C.G Operator
-Videotape Operator
-Videotape Editor
-Makeup Artist
-Wardrobe People
-Maintenance Engineer
Tugas-tugas kakitangan penerbitan MCP
1. Pengarah Studio
Seorang Pengarah Studio bertanggung jawab dalam menyelaras dan member arahan kepada semua kakitangan dalam penerbitan kamera berbilang tersebut. Dia merupakan orang yang bertanggung jawab menukarkan skrip kepada bentuk visual yang kreatif dan sempurna. Dalam penerbitan kamera berbilang setiap arahannya mesti diikuti supaya tugas penerbitan akan dapat dilakukan dengan sempurna dan licin.
2. Penolong Pengarah atau pembantu Skrip
Penolong Pengarah bertugas membantu Pengarah Studio dalam penerbitan. Tugasnya akan ditentukan oleh Pengarah Studio. Diantara tugas Penolong Pengarah ialah membantu Pengarah dalam memberikan arahan kepada krew. Dia akan memberitahu arahan seterusnya selepas Pengarah memberikan arahannya kepada krew. Penolong Perngarah juga bertugas menjaga masa penerbita tersebut. Dia juga menyemak pita-pita untuk ‘insert’ untuk penerbitan dan jugas grafik.
3. Pengurus Pentas atau Floor Manager (FM)
Pengurus Pentas atau lebih dikenali sebagai FM bertugas membantu Pengarah Studio dalam penerbitan MCP. Dia akan memastikan ketibaab ‘talent’ di studio. Dia juga bertanggung jawab menyampaikan setiap arahan Pengarah Studio kepada krew di ‘studio floor’. FM juga member arahan kepada ‘talent’ semasa tugas sedang berjalan. Ketika rakaman FM memberikan arahan kepada ‘talent’ dengan menggunakan bahasa isyarat. Semasa penerbitan berlangsung hanya suara ‘talent’ sahaja yang kedengaran kerana jika terdapat suara yang tidak diperlukan ia akan turut terakam atau di keudarakan. Pengurus Pentas atau FM menerima setiap arahan Pengarah Studio melalui intercom yang digunakan kerana bilik kawalan dan ‘studio floor’ dipisahkan oleh dinding cermin yang kedap.
4. Pereka Grafik.
Pereka Grafik bertugas menurut apa yang diarahkan oleh Pengarah Studio. Dia bertanggung jawab mereka grafik di set serta menaip garafik untuk digunakan dalam penerbitan tersebut.
5. Video Tape Operator (VT)
Operator ini bertugas mengendalikan pita-rakaman yang akan dimainkan semasa penerbitan berlangsung. Dia bertanggung jawab memeriksa pita tersebut termasuk durasinya. Dia juga bertanggung jawab membuat rakaman penerbitan tersebut ke pita.
6. Jurulampu
Jurulampu bertanggung jawab memberikan pencahayaan kepada penerbitan tersebut menurut yang dikehendaki oleh pengarah Studio. Dia akan mencipta pencahayaan biasa atau pencahayaan yang kreatif untuk penerbitan berkenaan.
7. Jurukamera atau Videographer
Jurukamera bertugas menurut arahan yang diberikan oleh Pengarah Studio. Pengarah Studio akan sentiasa memberikan arahan kepada Jurukamera sepanjang penerbitan tersebut berlangsung. Jurukamera mestilah mereka yang memahami tugas mereka dengan sempurna. Mereka mesti mahir dengan saiz-saiz shot, jenis shot-shot, gerakan seperti dolly, track dan sebagainya. Jika mereka kurang mahir ia akan memberikan kesan kepada Pengarah Studio. Pengarah Studio sudah tentu tidak dapat memberikan arahan dengan berkesan dan seterusnya penerbitan berkenaan akan mengalami kecacatan di sana-sini. Jurukamera akan sentiasa menerima arahan daripada Pengarah Studio melalui intercom yang terdapat pada headset yang digunakan.
8. Juruaudio atau Sound Supervisor
Juruaudio bertanggung jawab menentukan tempat-tempat untuk meletakkan mikrofon. Dia akan mengendalikan peralatan audio dan bertanggung jawab mendapatkan rakaman audio yang diperlukan oleh Pengarah Studio. Selain mengawal audio yang dirakam melalui mikrofon, dia juga bertanggung jawab memainkan audio muzik untuk menjadi ‘background’ kepada penerbitan tersebut atas arahan Pengarah Studio. Arahan diterima daripada Pengarah Studio melalui intercom yang terdapat pada headset.
Arahan-arahan Pengarah Studio kepada kakitangan penerbitan
Sebelum memulakan sebarang rakaman di studio atau di luar studio, perancangannya telah dibuat sebelum tarikhnya tiba. Skrip, menghubungi talent, membuat rakaman footage untuk dijadikan insert semasa penerbitan mcp dan sebagainya lagi. Bila semuanya sudah selesai dan saat untuk rakaman tiba, semua krew telah berkumpul di studio. Perbincangan dengan Pengarah Studio diadakan terlebih dahulu. 30 minit sebelum rakaman atau siaran langsung semua krew telahpun berada di tempat masing-masing. Bila semuanya telah sedia, masing-masing menunggu masa untuk rakaman atau siaran langsung.
Penerbitan Kamera Berbilang ini mempunyai seorang Pengarah yang mengarahkan krew bawahannya. Tugas pengarah ialah mengarah dan menyatukan elemen-elemen penerbitan yang berbeza secara serentak dari dalam bilik kawalan(control room). Dalam penerbitan ini pengarah cuba menerbitkan sebuah hasil penerbitan yang memerlukan penyuntingan pos produksi yang minima atau dalam penerbita secara langsung atau ‘live’ dia cuba menerbitkan sebuah penerbitan yang sempurna tanpa sebarang kesilapan.
Pengarahan dalam penerbitan kamera berbilang merangkumi kerjasama dalam operasi teknikal yang dikendalikan oleh krew dan juga aksi talent. Seorang Pengarah Studio akan mendapati bahawa mengarah talent serta kakitangan –kakitangan kamera-kamera, audio, grafik dan sebagainya adalah merupakan satu tugas yang sangat mencabar.
Tugas mengarah dari dalam Bilik Kawalan
- Seorang Pengarah mesti prihatin bukan saja dari segi visual(shot-shot) tetapi juga dengan urutan-urutan(sequences) pelbagai shot-shot.
- Bilik Kawalan memang direka khusus untuk penerbitan kamera berbilang dan ia memerlukan kerjasama diantara kemudahan rakaman serta juga manusia.
- Penerbitan kamera Berbilang memerlukan latihan yang sebanyak mungkin supaya ia akan berjalan lancar.
- Latihan memberi peluang kepada Pengarah dan krew produksi apa yang akan dilakukan semasa penerbitan secara langsung dan menjadi lebih bersedia dengan apa juga kemungkinan.
Latihan dalam penerbitan Kamera Berbilang
- Pembacaan Skrip
- Latihan tanpa alatan
- Latihan dengan menggunakan kamera
- Latihan keseluruhan dengan kamera.
Contoh arahan Pengarah Studio:
SCRIPT ASSISTANT: 30 seconds to on air....
DIRECTOR: Ready graphic, ready vt, ready switcher, ready lighting, ready SA, ready FM, ready Cam 1, Cam 2, Cam 3, ready Audio......
SCRIPT ASSISTANT: 15 seconds to on air....
DIRECTOR: Ready to roll VTR for recording....
SCRIPT ASSISTANT: 10 seconds to on air, 9, 8, 7,..
DIRECTOR: Roll VTR for recording..
Ready VT to roll montage...sound on tape....
SCRIPT ASSISTANT: 5, 4, 3, 2, 1...
DIRECTOR: Roll VT...Take VT...
FM, vtr for montage is 20 seconds....we will come to studio on Cam Two,
Ready Cam Two for establish shot..
DIRECTOR: We will come to studio in 10 second,
SCRIPT ASSISTANT: 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1,
DIRECTOR: Ready Cam 2, take two....
Ready to come up on Cam 3, ready cam 3 for MS on Lin,
open mic, FM cue Lin, up on cam 3.... take 3...
Ready music, fade in music...
Ready music to fade under, fade music under....
Ready graphic , superimpose graphic...
Graphic out....
Cam 1 give me CU of talent, open mic, ready Cam 1...take One....
TO STOP PROGRAMME FOR ADVERTISEMENT:
SCRIPT ASSISTANT: We'll have a break in 30 seconds for advertisement..
15 second.....
DIRECTOR: FM cue Lin....
Ready to roll VT for advertisement...
SCRIPT ASSISTANT: 10 second, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1,
DIRECTOR: Roll VT, Take VT...
SCRIPT ASSISTANT: We'll come to studio in 15 seconds on Camtwo...
DIRECTOR: Ready Cam Two...give me wide shot..
SCRIPT ASSISTANT: 10 seconds to studio, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1...
DIRECTOR: Ready Cam Two, Take Two; open mics; cue Lin..
TO CLOSE PROGRAMME:
SCRIPT ASSISTANT: Thirty seconds to close the program...
DIRECTOR: Give her/ him a wrap-up.
SCRIPT ASSISTANT: Fifteen seconds.
10 seconds, 9,8,7...
DIRECTOR: Ready cam two, ready closing credits to roll.....
Cut to Lin. Take cam two. Cut mics. Cue Lin.....
Cam two keep zooming out. Hold it. Roll credits....
Ready to key out Graphic, key out graphic...
Ready black....
SCRIPT ASSISTANT: 10 from now, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1,
DIRECTOR: Ready black, fade to black. Hold. Stop vtr. O.K, all clear. Good job everybody.
Peraturan Pengarahan MCP;
· Berikan semua arahan dengan jelas, tepat dan relaks tetapi sentiasa berhati-hati.
· Berikan arahan kepada 'talent' sebelum beri arahan kepada kamera.
· Arahan kepada 'talent' dengan menyebut nama.
· Jangan beri arahan 'ready' atau 'standby' terlalu jauh daripada apa yang perlu dibuat oleh pengendali alatan video kerana kemungkinan mereka akan lupa.
· Jangan berhenti di antara 'take' dan 'nombor kamera' seperti 'take (jarak masa) two' kerana seseorang 'switcher' atau 'technical director' akan menekan nombor kamera sebelum 'Pengarah' sebut nombor kamera.
· Ingat dalam minda nombor kamera yang sedang ke udara. Perhatikan 'priview monitors'.
· Jangan sebut 'ready' untuk sesebuah kamera dan 'take' untuk kamera yang lain.
· Bercakap dengan kamera-kamera dengan menyebut nombor bukan nama pengendali kamera berkenaan.
· Sebut nombor kamera dahulu sebelum beri arahan;
contoh; 'Cam two, give me a CU of Ron'
'Cam three, CU of Lisa'
· Jika buat kesilapan, betulkan semampu yang boleh dan teruskan persembahan. Beri sepenuh perhatian apa yang sedang berlaku.
· Jika terdapat sebarang masalah teknikal yang mesti diselesaikan dari Bilik Kawalan beritahu Floor Manager tentangnya melalui intercom.
· Semasa persembahan bercakap bila perlu. Jika bercakap banyak, krew akan berhenti mendengar dan akan ketinggalan arahan-arahan yang penting. Krew akan mencontohi Pengarah dan mula berkata-kata dalam intercom.
· Bersedia untuk arahan penutup. Beri arahan masa yang secukupnya kepada FM supaya FM sempat menyampaikan arahan kepada 'talent'.
· Bila persembahan telah ditamatkan (fade to black) arahkan VTR berhenti, ucapkan terima kasih kepada semua krew dan 'talent'. Jika terdapat sebarang kesilapan jangan komplen dalam studio. Ambil masa untuk bertenang dan bercakap dengan tenang kepada krew yang bertanggung jawab. Berhati-hati dalam mengkritk dan bantu mereka untuk mengelakkan kesilapan di masa akan datang.
Arahan Pengurus Pentas atau Floor Manager kepada kakitangan di ‘studio floor’ dan ‘talent’
Tugas Pengurus Studio ialah menyampaikan semua arahan Pengarah Studio kepada kakitangan penerbitan di ‘studio floor’ serta menyampaikan arahan Pengarah Studio kepada talent. Sebelum rakaman di buat atau di keudarakan, Pengurus Studio akan memberi arahan untuk bersedia kepada semua kakitangan penerbitan di Studio floor’.
Ketika 30 saat sebelum bermula dia akan meminta semua diam dan bersedia. Kemudian dia akan memberitahu semua kakitangan di ‘studio floor’ rakaman akan bermula 15 saat dari sekarang. Bila tiba ke saat 10 saat dia akan membuat ‘countdown’ 9, 8, 7, 6,…. Bila tiba di saat ke 5 dia Cuma ‘countdown’ tanpa suara tetapi dengan mengangkat jarinya. Pengurus Pentas atau FM akan mengikut ‘countdown’ yang dilakukan oleh Penolong Pengarah atau Pembantu Skrip dalam Bilik Kawalan.
Contoh arahan Floor Manager;
FM : 30 seconds to on air, please silent….
FM : 15 seconds to on air…
FM : 10, 9, 8, 7, 6, …….
…..5, 4, 3, 2, 1, (mengangkat jari)
Cue. FM tunjuk tangan kepada ‘talent’ supaya ‘mulakan berkata-kata’.
Cut. FM menggerakkan tangan melintasi leher yang bermakna ‘berhenti berkata-kata’ atau ‘berhenti bergerak’ kepada ‘talent’.
Stretch. FM menarik tangannya menjauhi satu dengan yang lain bermakna masa masih banyak dan ‘slow down’, mendekatkan tangan2 yang membawa makna masa cuma tinggal sedikit lagi dan ‘cepat-cepat’.
Speed up. FM memusingkan tangannya di atas kepala membentuk bulatan secara ‘clockwise’ yang member makna ‘talk faster’. Kelajuan bulatan yang dilakukan adalah bermakna ‘masa telah suntuk’.
OK. FM membuat bulatan dengan jari telunjuk dan ibu jari yang member makna ‘everything is fine’.
30 seconds to go. FM membentuk huruf t dengan kedua-dua tangannya yang member makna tinggal 30 saat rakaman atau segmen tersebut sebelum berakhir.
15 seconds to go/wrap it up. FM menggenggam tangan ke atas yang member makna tinggal lagi 15 saat dan ‘talent’ menamatkan apa-apa sedang dia lakukan.
Speak more softly. FM mengangkat tapak tangannya atas mulut yang member makna ‘speak more softly’.
Speak up. FM meletakkan tangannya di telinga yang memberi makna menyuruh bercakap atau mula bercakap (speak up).
Speak or look at this camera. FM menunjuk ke arah kamera yang sedang ‘on-air’ yang bermakna ‘bercakap atau lihat kamera’ ( speak or look at this camera). Gerakan melambai-lambai dari satu kamera ke satu kamera yang lain bertujuan mengingatkan ‘talent’ bahawa Pengarah Studio menukarkan kamera pertama kepada kamera yang satu lagi untuk ‘on-air’.
Pencahayaan dalam penerbitan video;
Tujuan utama pencahayaan adalah untuk;
· Cahaya menyediakan kamera video dengan pencerahan yang cukup untuk menghasilkan visual yang boleh diterima.
· Untuk menunjukkan kepada penonton bentuk sebenar objek di skreen, hubungannya dengan yang lain dan kepada persekitaran dan bila ia berlaku.
· Untuk memperkenalkan mood peristiwa berkenaan
Jenis-jenis pencerahan;(illumination)
Terdapat dua jenis pencerahan dalam pencahayaan televisyen iaitu secara cahaya terus(directional) dan cahaya terserak (diffused). Cahaya terarah atau terus (directional) mempunyai 'a sharp beam' yang menghasilkan bayang-bayang yang kasar atau jelas. Anda boleh halakan cahaya untuk mencerahkan sesuatu kawasan contohnya seperti lampu kereta yang memberikan 'directional light'.
Diffused light mempunyai cahaya yang lebar, kurang terang dan mencerahkan kawasan yang luas dan menghasilkan bayang-bayang yang lembut dan nipis, umpamanya seperti lampu flourescent.
Lampu studio mempunyai cahaya dan bayang-bayang yang dikawal dengan teliti. Dalam 'field production' keperluan pencahayaan biasanya sedikit berbeza daripada pencahayaan studio. Dalam ENG atau Electronic News Gathering yakni liputan berita pencayaannya bergantung kepada sebuah lampu yang cukup untuk memberikan pencahayaan kepada kemera video untuk merakam apa yang sedang berlaku. Biasanya untuk ENG, hanya menggunakan cahaya yang sedia ada. Dalam beberapa tugas 'Field Production' seperti dokumentari atau drama, ia memerluan pencahayaan yang teliti sepertimana teknik pencahayaan studio. Hanya yang berbeza ialah dari segi peralatan yang 'portable' berbanding dengan studio yang mempunyai peralatan yang dipasang 'permanent'.
Peralatan Pencahayaan
Peralatan pencahayaan yang menghasilkan 'directional light' dikenali sebagai 'spotlight' dan yang menghasilkan 'diffused light' dikenali sebagai 'floodlights'. Dalam studio televisyen pelbagai jenis 'spotlight' dn 'floodlight' biasanya digantung di siling studio. Lampu studio biasanya berat dan besar untuk digunakan di luar studio dan ianya tidak sesuai. Kebanyakan'field production' menggunakan lampu yang lebih 'portable' dan boleh disambungkan dengan sumber kuasa elektrik yang biasa. Biasanya alatan ini menghasilkan cahaya 'floodlight' dan boleh diubahsuai untuk menghasilkan cahaya berupa 'spotlights'
Pencahayaan dalam studio;
Key light: sumber cahaya utama yang mencerahkan subjek
Back light: memberi cahaya dari belakang subjek bertentangan dengan kamera
Fill light: merupakan cahaya yang diserakkan(diffused) untuk mengurangkan bayang
Background light:dikenali juga sebagai set light untuk mencerahkan latar belakang atau set
Kicker light: memberikan cahaya yang ‘direct’ ke belakang subjek di sudut yang rendah bertentang dengan keylight.
Terdapat tiga katogori mikrofon
- omnidirectional
- bi-directional
- unidirectional
Omnidirectional
Ia juga dikenali sebagai mikrofon non directional dan boleh menangkap bunyi yang datang dari semua arah.
Bi-directional
Bi directional mikrofon ini boleh menangkap bunyi pada dua arah
Unidirectional
Mikrofon uni directional peka kepada bunyi yang datang dari satu arah sahaja.
- cardioid
- supercardioid
- hypercardioid
Cardioid
Mikrofon yang mempunyai ‘cardioid pattern’ peka kepada bunyi dalam ruang yang luas di hadapannya dan kurang peka kepada bunyi di belakangnya.
Supercardioid
Mikrofon yang mempunyai ‘supercardioid pattern’ adalah lebih terarah daripada ‘cardioid pattern’ di mana ‘cardioid pattern’ lebih peka kepada bunyi dalam lingkungan 180 darjah. Sementara ‘super cardioid pattern’ peka kepada bunyi dalam lingkungan 140 darjah. Ini bermakna bunyi yang mengganggu di luar lingkungan akan terhalang.
Hypercardioid
Mikrofon yang mempunyai ‘ hypercardioid pattern’ mempunyai kepekaan yang lebih tinggi dimana ia akan peka kepada bunyi dalam lingkungan kurang daripada 140 darjah.